Apr
17

Achik Spin meninggal dunia

Posted by mybloghub

 

 Achik Spin dan isteri, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof semasa perkahwinan mereka pada tahun 2005

Oleh: mybloghub.my

Achik Spin atau nama sebenar Abdillah Murad Md. Shari, 28 meninggal dunia petang tadi akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas).

Kejadian dikatakan berlaku pukul 6.15 petang melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Achik terbabas.

Kenderaan tersebut dikatakan terbakar dan meletup. Achik yang tercampak keluar daripada kenderaannya itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2.

Achik berasal daripada Felda Sendayan Negeri Sembilan.

Antara filen yang pernah dibintangi Allahyarham ialah Diari Romeo pada tahun 2003 (pelakon utama) dan menyertai kumpulan Spin pada tahun 1999.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Bintang Harapan Lelaki pada  Festival Filem Malaysia Ke 17 pada 2004.

 

  1. April 17th, 2010 at 09:31 42
    omar

    Al Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Acik. Terkejut sangat dapat berita waktu menonton galaksi tv9 tadi. Takziah kepada isteri dan keluarga arwah dan juga Nana yang kehilangan rakan duet paling serasi.

  2. April 17th, 2010 at 09:31 42
    Jaja

    Innalillah………………..Al Fatihah

  3. April 17th, 2010 at 09:31 42
    Jader

    Takziah buat keluarga achik spin….dulu pun aku minat sgt dgn die nie…dgn lagu pupolar die dgn nana bola2 api tue….kesian lah…mcm tak caye jer die dah pergi meninggalkan kta…..takziah skali lagi…mga beliau tenang dialam sana….God bless u….

  4. April 17th, 2010 at 09:31 42
    zurea zulkifli

    alfatihah….terkejut betul dengar berita ni…..

  5. April 17th, 2010 at 09:31 42
    aril klang

    innalillahi wa innalillahi rojiun……rasa terkejut bila mendengar berita….

  6. April 17th, 2010 at 09:31 42
    yarn

    huhuu… innalillah… x ku sngka…

  7. April 17th, 2010 at 09:31 42
    qistina

    Alfatihah untuk arwah .Semoga ditempatkan rohnya dalam golongan orang-orang yang beriman.

  8. April 17th, 2010 at 09:31 42
    sam

    huh…terkejut ngan berita ni..semalam kol 4.30 baru je tgk dia live kat tv 2..malam da arwah..al-fatihah

  9. April 17th, 2010 at 09:31 42
    dila

    semoga achik selamat disana .aku terkejut gler.

  10. April 17th, 2010 at 09:31 42

    Inna lilah wa in na lilah hi ro ji un..sama2 la sedekah alfatihah

  11. April 17th, 2010 at 09:31 42
    ira

    al-fatihah…..

  12. April 17th, 2010 at 09:31 42
    ira

    al_fatihah kepada keluarga acik,

  13. April 17th, 2010 at 09:31 42
    fara

    Alfatihah,untuk arwah,semoga keluarga arwah tabah,mungkin ada hikmah di sebalik apa yang belaku….

  14. April 17th, 2010 at 09:31 42
    0304

    semalam baru lepas tengok iklan talk show Jangan Tidur Lagi yg ade Achik Spin & Nana sbagai artis jemputan.terdetik dlm hati nak tengok la sbb ade dorg & da lame tak dengar cite dorang.sblum2 ni tak pernah tgk pn show ni.then pagi ni..terbaca news ni kat surat khabar.Al-Fatihah

  15. April 17th, 2010 at 09:31 42
    diddy

    sedihnya…..takziah buat kuarga acik..huhu

  16. April 17th, 2010 at 09:31 42
    nadea

    innalillah……..perginya seorang lagi selebriti scr mengejut..Alfatihah..

  17. April 17th, 2010 at 09:31 42
    paAn

    nO cOmMent

  18. April 17th, 2010 at 09:31 42
    qiha

    al-fatihah..

  19. April 17th, 2010 at 09:31 42
    janie

    cam x cye jer bla dgr achik spin meninggal….
    tp rpa2nya i2 mmg knyataan….
    sma2laa kta sedekahkan surah yassiin n al fatihah kpd arwah….

  20. April 17th, 2010 at 09:31 42
    ieLa

    innalillah.~~
    smoge Allah mncucuri rahmatnye & dtemptkn d tmpat org yg beriman.!!~~~

  21. April 17th, 2010 at 09:31 42
    Hizbut tahrir

    nauzubillah..harap2 sebelum matinya sempat mengucap..alangkah bagusnya semasa dia pulang itu dalam keaddan dia pulang dari berdakwah,atau dari masjid..tapi dia pulang setelah buat show..bende2 yang lagha dan lalai..wahai sahabat..inilah petanda..adakah anda ingin mati tatkala sedang menjebakkan diri ke perkara dunia yang lalai dan maksiat..bayangkan kalau yang mati itu perempuan..artis yang baru balik show,dedah2 pula pakainya…bagaimana..titipkanlah iman kita..perbaharui sentiasa..jauhi berfoya2..dunia ini sementara..alfatihah..semoga dia termasuk dalam golongan yang mendapat keampunan..sahabat ingatlah..setiap tahun kita melihat orang terkinja2 menyambut tahun baru dengan pesta maksiat,arak dan zina..tidak tahukah kita mungkin tahun yang kita sambut itu adalah yang terkhir buat kita di dunia..dalam mastika bulan mei..berzina dalam van last2 mati dalam zina..nauzubillah..takutlah..renug2kan dan selamat beramal

  22. April 17th, 2010 at 09:31 42
    bboyz

    hizbut tahrir..sesungguhnya mati tidak mnungu kta wlau pun sesaat.jika dah sampai ajal,smuanya tlah dtentukan.jadi..jngn la nk buruk-burukkan orang yg telah pergi..blik dari show la,apa la.dah takdir dan ktentuannya dia mati cmtu.apa la.cakap pun agak2 ar.kalw isteri dia bca kew,apa ke,xkcian kew?cba jadi kt ko?ko nk kta pew?ko nk ubah takdir?ko tuhan kew?..fikr2 lah.kalaw ko nk ajak owg buat baik xsalah..tapi tngok la pada keadaan..aku mmg xpuas hati ngn komen ko bgi 2..x sesuai.

  23. April 17th, 2010 at 09:31 42

    Al-fatihah….Semoga Achik Ditempatkan dalam Golongan yang Beriman…

  24. April 17th, 2010 at 09:31 42

    al-fatihah…

  25. April 17th, 2010 at 09:31 42
    lya

    innalillah….takhziah buat leluarga allhyarham.moga ditempatkan tmpt org yg briman. amin..Alfatihah.

  26. April 17th, 2010 at 09:31 42
    miss D

    bboyz: jgnla cepat melatah..org bg nasihat terima dgn baik..semoga arwah dicucuri rahmat..

  27. April 17th, 2010 at 09:31 42
    zarina zaripova

    aku tak minat langsung dengan lagu lagu dia …. tapi yang buat aku kagum dengan dia adalah tiadanya langsung gossip liar pasal dia. dalam majalah..although i am not his fan tapi aku rasa sedih gak dengan pemergiannya…maybe sebab aku dapat rasakan dia nie baik…
    apapun alfatihah untuk dia..

  28. April 17th, 2010 at 09:31 42
    teah

    salam takziah wt kluarga Allahyarham achik spin..
    smoga rohnye dccri rhmt..
    Al-Fatihah

  29. April 17th, 2010 at 09:31 42
    naqiu_iceXsummer

    la…terpenranjat sye..tahun nie je ramai yg meninggal T_T yanie,din beramboi, dan juga achik spin takziah sayeucapkan kepada keluarga achik spin

  30. April 17th, 2010 at 09:31 42
    sahara dewi

    salam..takziah wt kuarga allahyarham achik spin..kpd hizbut tahrir,xbaek memburuk2kan org yg da meninggal.bkn kte yg menentukan mereka nie diterima disisi Allah atau tidak.lbih baek sdekahkan ayat2 suci al-quran kt arwah agar ditempatkan di sisi umat2 yg soleh…amin

  31. April 17th, 2010 at 09:31 42
    mieputra

    :-( ( alfatihah…semoga achik ditempatkan bersama orang2 yg beriman..amin..Hizbut tahrir jaga perilaku anda sebagai orang islam…belajar agama biar banyak dulu..tolong hormati pemergian achik..hormati sanak saudaranya…tidak salah beri nasihat tetapi biar bertempat!!! Belum tentu lagi di sisi tuhan kau lebih baik dari achik…so jaga tingkah laku..aku yang terbaca turut terasa engan kata2 kau tu..walaupun aku bukan artis…

  32. April 17th, 2010 at 09:31 42
    princess_fiza85

    al-fatihah…
    semoga achik ditempatkan bersama org2 yang beriman…(amin)
    takziah buat keluarga acik

  33. April 17th, 2010 at 09:31 42
    Hamba Allah

    Salam pada semua pembaca yang budiman.. Sebelum berkongsi rasa, ingin saya titipkan ucapan salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah achik dan isteri. Para pembaca yang budiman, semua daripada kita pasti telah tahu, setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia juga akhirnya. Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah, jika telah sampai ajal seseorang itu, maka ia tidak akan lewat sesaat atau cepat sesaat. Cuma apa yang kita semua tidak tahu ialah bila, dimana dan bagaimana cara kematian kita. Memanglah kita dituntut oelh agama untuk saling menegur dan beringat2 kepada perkara2 kebaikan. Tapi cara kita menegur dan mengingatkan orang lain kearah2 perkara kebaikan tu biarlah dengan cara yang baik dan berhemah agar orang yang ditegur dapat melihat bagaimana indah ajaran Islam itu sendiri. Kepada saudara/saudari yang menggelarkan dirinya sbg Hizbut Tahrir.. Alhamdulillah kerana anda melihat sesuatu kejadian yang berlaku itu dari sudut agama. Tetapi, sayang sekali kerana anda hanya mampu memikirkan dari suatu sudut sahaja. Sebenarnya, kita tidak boleh hanya menyalah seseorang itu hanya kerana kesilapannya dalam melalui hari2 hidupnya.. Adakah saudara/saudari Hizbut Tahrir lupa pada Qada’ dan Qadar Allah S.W.T. Anda harus ingat, setiap apa yang berlaku itu semuanya adalah dengan izin Allah. Sbb tulah, x semua yang kita inginkan, rancangkan, lakukan, impikan, x semestinya menjadi kenyataan. Mungkin kita mahukan sesuatu itu, tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan setiap apa yang kita lalui di dunia ini adalah ujian daripada Allah untuk melihat sejauhmana keimanan kita padaNya. Saudara/saudari Hizbut Tahrir hanya nampak keburukan arwah Achik hanya kerana kerjaya yang dipilih oleh arwah. Kenapa saudara Hizbut Tahrir terus menghukum arwah sebagai seorang yang seolah2nya meninggal dunia dalam keadaan sia2 sedangkan anda bukannya mengenali arwah secara rapat. Kita tak tahu mungkin arwah adalah seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab dlm menyara keluarganya, kita tidak tahu mungkin arwah ni adalah seorang anak yang baik terhadap ibu dan bapanya, kita tidak tahu mungkin arwah ini adalah seorang yang suka menolong rakan-rakannya. Kita tidak tahu kebaikan2 yang ada pada arwah bukan? Jadi jangan lah saudara/saudari Hizbut Tahrir secara melulu menghukum seseorang itu jika saudara/saudari hanya tahu jenis pekerjaan seseorang itu sahaja. Kita tak tahu amal kebajikan yang pernah dilakukan oleh arwah semasa hayatnya. Lihatlah sendiri, Allah masih memuliakan jenazah arwah dengan menarik nyawanya walaupun dengan cara kemalangan yang dasyat, tetapi Allah masih peliharakan wajahnya agar masih dapat ditatap oleh ahli keluarganya. Tidakkah saudara/saudari Hizbut Tahrir dapat melihat rakaman dalam berita TV3 jam 8 mlm semalam semasa anak arwah mencium wajah arwah sebelum arwah dikebumikan? Walaupun mengalami kemalangan yang teruk, tetapi wajah arwah sedikitpun tidak mengalami apa-apa luka dan keadaannya ketika itu seperti sedang orang yang sedang tidur dengan mata yang terpejam rapat. Saudara/saudari Hizbut Tahrir telah memberi komen yang didengar agak tidak manis tentang cara kematian arwah dan menanyakan adakah arwah Achik sempat mengucap atau tidak sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sedangkan saudara/saudari Hizbut Tahrir itu sendiri bila sampai masa dipanggil kembali bertemu dengan Allah pun belum tentu lagi sempat mengucapkan dua kalimah Syahadah itu. Dan ingatlah, jangan ingat hanya orang yang rajin ke masjid atau surau sahaja yang layak dianggap mulia dan baik di sisi Allah. Kerana jika amalan seseorang itu dengan sentiasa mengunjungi masjid dan surau, sedangkan hubungannya dengan sesama manusia tidak baik, bermakna imannya masih belum sempurna. Jadi, ingin saya menasihati kepada saudara/saudari Hizbut Tahrir agar memohon keampunan daripada Allah atas kealpaan saudara/saudari dalam menjaga hubungan sesama manusia dan mohonlah kemaafan kepada keluarga arwah Achik diatas kesilapan tuturkata saudara/saudari itu. Saya yakin, keluarga arwah Achik akan sudi memaafkan saudara/saudari Hizbut Tahrir kerana sebagai manusia biasa, kita semua tidak lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi, hendaklah kita meminta maaf dan bertaubat apabila kita telah sedar atas kesilapan yang secara sengaja atau tidak sengaja yang kita lakukan. Semoga Allah S.W.t menerima taubat dan pengampunan kita. Insya Allah.

  34. April 17th, 2010 at 09:31 42
    Hamba Allah

    Salam sekali lagi buat semua pembaca yang budiman.. Saya ada terbacakan tentang satu komen yang telah dibuat oleh saudari Zarina Zaripova dan saya bersetuju dengan komen saudari tersebut. Kerana sepanjang penglibatan arwah Achik dalam bidang yang diceburinya itu, beliau bijak menjaga maruahnya dengan tidak terlibat dengan mana2 gosip liar dan tidak terjebak dengan masalah atitude yang negatif seperti ditangkap kerana menghisap dadah ke, ditangkap kerana memukul isteri ke, ditangkap kerana berkhalwat ke, ditangkap kerana mabuk ke.. Alhamdulillah kerana masih ada kebaikan2 arwah Achik ketika hayatnya yang boleh dijadikan sebagai contoh yang baik oleh rakan-rakan artis yang lain agar pandai menjaga diri dan maruah mereka. Semoga roh arwah Achik dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

  35. April 17th, 2010 at 09:31 42
    mieputra

    Terima kasih banyak2 Hamba Allah kerana beri penjelasan yang berilmu…sekal

  36. April 17th, 2010 at 09:31 42
    syida

    sya minat sngt arwah acik sjak skolah lg.. tkejut apabla dia sdah prgi tok slamanya.. moga qrwah acik ditempatkan dgn org2 briman.. arwah sngat baik..

  37. April 17th, 2010 at 09:31 42
    syida

    trima kasih kpada hamba allah.. takziah kpda kluarga arwah acik..

  38. April 17th, 2010 at 09:31 42
    as

    terima kasih buat ‘hamba Allah’ kerana memberikan hujah yang bersesuaian untuk berkongsi yang berbekalkan isi tersurat dan tersirat yang bernas.Saya sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan ‘jgn sesekali menghukum seseorang itu hanya kerana pekerjaannya, perlu diingat hanya Allah SWT sahaja Tahu tempatnya buat arwah achik. Kerana Allah begitu menyayanginya arwah pergi ketika usia yang boleh dikatakan masih muda…..Oleh itu, kita yang masih hidup sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan beringat2 la….Buat Achik pergilah dengan tenang dan buat keluarga arwah tabahla menghadapi dugaan Allah…kerana inilah perjanjian arwah kepada TuhanNya….Al-Fatihah…Amin

Add A Comment