OH BULAN SAYS
Jika sebelum ini, OHBULAN! pernah menulis mengenai Yuna Room Records yang mengambil Diandra Arjunaidi sebagai artis tempatan pertama di bawah label mereka, kini kita boleh lihat satu lagi label tempatan milik keluarga Aizat Amdan, Kasi Gegar Entertainment (KGE) menerima Amir Jahari yang juga artis pertama dibawah naungan mereka selepas Aizat sendiri.
Amir Jahari, 20, mula popular melalui Akademi Fantasia Musim Ke-9. Walaupun tersingkir awal apabila dia digantikan oleh Hazama pada minggu ke-4, dia kini terus memperjuangkan bakat seninya dbawah bimbingan Joe Lee. Selepas meletup dengan single berjudul ‘Tanpamu’, single terbaru Amir Jahari berjudul ‘Gelisah’ juga sudah dilancarkan secara rasminya…READ MORE


















