MYNEWSHUB SAYS :
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau dengan majoriti 3,148 undi.
Menurut sumber Mynewshub.my, keputusan tidak rasmi memperlihatkan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendahuli dengan agak selesa selepas kesemua 13 peti undi untuk DUN berkenaan habis dikira.
Keputusan rasmi dijangkakan sekitar pukul 8 malam ini.
Wakil BN di Kerdau sebelum ini, Allahyarham Datuk Zaharudin Abu Kassim yang memperoleh sebanyak 1,615 majoriti undi pada pilihan raya umum yang lalu.
DUN Kerdau yang tradisinya merupakan kubu kuat BN mempunyai jumlah pengundi sebanyak 8,999 orang yang merangkumi 7,988 (88.77 peratus) pengundi Melayu, 454 (5.05 peratus) pengundi Cina, 298 (3.31 peratus) pengundi India, 236…READ MORE


















