MURAI.COM SAYS
17 JUN 2011: Sejak tersebarnya gosip yang mengatakan bahawa Fara Fauzana bakal meninggalkan Media Prima untuk setelah mendapat tawaran yang cukup lumayan daripada pihak Astro, ramai yang sibuk tanya Murai Batu, apakah benar gosip yang mereka dengar itu.
Ada yang sibuk tanya berapa Fara Fauzana dapat daripada Astro. Tidak kurang juga yang menganggap gosip itu hanyalah sekadar khabar angin semata-mata. Alasan mereka, tidak mungkinlah Fara Fauzana nak tinggalkan Media Prima, macam tu saja. Sebab, dia banyak meraih populariti sebagai penyampai radio serta hos televisyen di sana.
Apapun, Murai Batu tak mahu mengiyakan atau menidakkannya. Sebab, benda-benda macam ni agak confidential. Hanya empunya badan iaitu Fara Fauzana saja yang mengetahuinya.
Apapun, yang boleh Murai Batu kongsikan di sini, ada kemungkinan Fara Fauzana akan menjayakan sebuah program TV di Astro. Apa bentuk program TV tersebut, Murai Batu tak boleh kasitau. Yang penting, program tersebut agak menarik jugaklahhhh…
Kalau nak tahu selanjutnya, korang semua kenalah tengok semua program Melayu yang ada kat Astro. Barulah korang semua akan tahu, program mana yang Murai Batu maksudkan itu nanti.


















