Jul
28

Potong Kepala Disiplinkan Budak-Budak Desa

Posted by mybloghub

KADIR JASIN SAYS :

SUDAH banyak sangat kita bincang hal-hal berat. Maka kali ini, izinkan saya sekali lagi menyusuri kembali zaman yang telah berlalu untuk mencari, kalau-kalau ada, petunjuk bagi era yang serba mencabar ini.
Lantas teringat saya kepada salah satu muslihat ibu bapa zaman dahulu mengawal anak-anak mereka yang nakal. Mereka memberi amaran keras dengan membuat
cerita ngeri mengenai “Keling potong kepala”.
Keling potong kelapa akan pengkal leher kanak-kanak yang berkeliaran jauh dari rumah dan kepala mereka akan ditanamkan di hujung jambatan yang sedang dibina
atau di tapak-tapak pembinaan lain.
Waktu itu, perkataan Keling bukan luar biasa dan tidak dianggap menghina atau menghasut. Asal usul Keling dalam bahasa Melayu adalah rujukan kepada orang dari
empayar kuno India bernama Kalinga yang terlatak di negeri Orissa sekarang. Diceritakan yang Empayar Kalinga sangat gagah hingga berjaya…READ MORE

Add A Comment